Terma dan Syarat

SYARAT UTAMA
  • Menutup aurat.

HARGA & PAKEJ
  • Senarai harga pakej adalah tetap. 
  • Harga tidak termasuk caj luar kawasan Pulau Pinang.

BAYARAN TAMBAHAN
  • Caj luar kawasan Pulau Pinang. 
  • Kos seperti petrol, jarak kilometer perjalanan, kadar tol, masa perjalanan & penginapan adalah diambil kira. 
  • Caj boleh dirunding mengikut persetujuan berdasarkan kadar semasa. 
  • Kami berhak mengambil kira caj luar kawasan yang kurang dari kos sebenar.

TEMPAHAN
  • 1-3 bulan sebelum majlis. 
  • Penukaran tarikh & masa bergantung kepada jadual kami.

BAYARAN
  • 50% deposit sebagai tempahan tarikh. 
  • 50% semasa penyerahan gambar.

CARA BAYARAN
  • Tunai

JURUFOTO BERTUGAS
  • Pertukaran jurufoto akan dimaklumkan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti kemalangan dll.

HASIL KERJA
  • Seawal-awalnya 1 bulan & selewatnya-lewatnya 4 bulan. Namun tempoh ini bergantung kepada season peak/giliran. 
  • Sebaik sahaja hasil kerja siap, anda akan dimaklum & boleh datang mengambil gambar di rumah kami. 
  • Kami berhak menggunakan foto pelanggan kami untuk tujuan pengiklanan perniagaan atau apa-apa tujuan promosi yang berkaitan. Jika ada bantahan sila maklumkan kepada kami.

PENGHANTARAN 
  • Bagi yang tinggal jauh, penghantaran dibuat melalui Sky Net. 
  • Caj mengikut berat album gambar & kos ditanggung oleh pelanggan.